25.7.16

isu khawin

Assalamualaikum pembaca yang tak pernah wujud.

Hari ni aku nak cerita pasal khawin.
Sejak akhir akhir ni, isu khawin menjadi jadi. Isu yang tak pernah selesai. Lagi lagi bila cerita bab hantaran.

Setiap individu mainkan peranan dalam hal ni. Bukan bakal pengantin lelaki, bakal pengantin perempuan, pihak lelaki mahupun pihak perempuan.

Kita start dengan lelaki dulu. Cik abang, ukur baju pada badan sendiri. Kalau tak mampu jangan teruskan. Pernah belajar kualiti? Semakin mahal harga barang, semakin berkualiti barang tu. Tapi, itu dari sudut pandangan kita. Macam beli iphone. Kalau harga iphone5 RM600, kau tahukan iphone tu made in China? Contohhhhh je. See, ni natural punya law. Besides, dari segi features pon sama. Makin cantik makin berkarisma perempuan tu makin mahal la ia. Belum campur characteristic dia, gen genius, gen terer masak, gen tanam menanam and bla bla bla. Aku bukan nak cakap apa, tetapi lelaki ni suka perempuan dah bekerjaya, suka perempuan cantik, suka perempuan lawa, suka yang berpendidikan tinggi. Kau tahu kan perempuan boleh pilih lelaki yang takda ciri ciri ni pun. For example, my ex boyfriend. Dulu masa sama sama diploma, bila aku cakap nak further study, dia balas apa kau tahu? "Kalau sambung, kita putus!" I was, wtf man? Aku ok je terima kau even kau bawah dari aku. Tak tau la kalau certain lelaki rasa benda ni tergugat ke apa. Tapi pengajaran yang aku dapat. Pilih pasangan biar setaraf. Thats what Islam said. Pilih yang sekufu. Nanti esok esok kau tak ungkit benda benda remeh camni. Kang esok gaduh bini guna citation untuk kukuhkan pergaduhan, yang laki tercengang. Kau nak? Ada juga ex aku sorang ni kerja kilang, aku masa ni baru masuk degree. Tapi aku nampak dia macam tak selesa dengan aku. Aku tak sure, so aku undur diri. Perempuan mmg serious tak kisah lelaki kerja apa tapi kalau benda benda macam ni dah start main dalam kepala, better tak payah teruskan.

Next. Perempuan your turn. Eh? Maksud aku, our turn. Please jangan set dalam kepala ini first and the last untuk aku khawin, feeling feeling princess, feeling the snow glows white on the mountain tonight, jangan. Jangan buat mata kedip kedip keluar cahaya mintak baju seret sepanjang panjang jalan, pelamin ada lampu Christmas, buat kat menara klcc. Ni semua bullshit. Tipulah aku pun tak nak. Perempuankan. Aku baru terbayang pakai baju pengantin naik rollercoaster legoland, tapi baru tadi aku lupakan. Sebab aku dah tercakap ni semua bullshit. Dulu masa aku kerja, supervisor aku cakap, nanti boleh la you beli beg mahal mahal. Aku jawab aku boleh beli semua tu before khawin, nanti khawin banyak tanggungan. Nak bayar rumah, nak bayar bil, makan, kete, minyak. Supervisor aku tercengang, kenapa you kena buat semua tu? Biar la laki you buat. Eh? A ah ek kenapa aku rasa tu semua aku kena tanggung? Sebab, aku tahu susahnya cari duit. Jangan tahu demand. Kerja sama sama. Asal jangan melebihi usaha lelaki tu. Takut nanti goyang kaki. Kalau nak mewah sikit masa khawin, kumpul duit sikit sikit untuk beli baju yang kau idam idamkan tu. Hantaran yang kau impi impikan tu. At the end kau jugak yang pakai. Sebab dia dah spend banyak untuk kau. Bukan tu je, dah sediakan ruang untuk tampung dosa kau lagi. Lagi satu. Jangan memilih sangat. Kau pun kene ukur baju pada badan sendiri. Tak lawa tapi nak yang kaya. Usaha la. Jangan harap orang je nak labur untuk kau. Kau pikir kau siapa. Yang cantik pun sama, jangan kerja nak mengikis harta orang. Jangan salah guna nikmat Allah da bagi. Nasihat akhir, kalau dah jumpa, jangan buat manja mintak macam macam. Kau tak tahu sebenarnya dia tu dari background susah. Habis duit untuk kau sebab kau main kelip kelip mata. Bila sampai masa nak kahwin, duit tak cukup, kau marah dia sebab tak buat saving. Memang nak kena piat telinga.

Family, your turn. Jangan lah jadi makcik makcik kampung makcik makcik felda makcik makcik taman, dengar orang belakang rumah nak hantaran 30k, anak kita up lagi kasi 40k. Kenapa kejar pandangan orang? Kenapa kita tak pikir anak kita dijamin dijaga dengan baik ke dengan hantaran 40k tu? Jiran jiran nanti tolong tengok tengokkan anak kita ke lepas diorang berpuas hati dengan hantaran yang dia dengar tu? Tak kan. Kisah apa la dengan orang nak cakap. Doa kan anak kita dijaga dengan baik sudahlah. Kerja nak melawan dengan jiran ni dari tukar alas kaki, perabot, tv, hantaran anak sampai kesudah tak habis. Untuk apa kita buat semua ni? Mana niat kita? Perbetulkan balik niat, muhasabah diri. Memang mak bapak dah habis banyak duit untuk anak belajar n sebagainya. Tapi pikir balik, itu ganti rugi ke? Tak ikhlas ke kita selama kita besarkan dia? Semua yang kita labur semua untuk saham dia dan akhirat kita nanti. Lelaki pun mak ayah dia melabur jugak cuma beza anak perempuan ni berpindah milik terus.

Aku berharap sangat isu isu khawin ni berakhir dengan noktah. macam aku cakap tadi. Setiap individu mainkan peranan masing masing. 

30.6.15

rindu UiTM Segamat

aku rindu UiTM segamat.

rindu nasi kukus,
ade lauk ayam goreng rempah,
cili hijau dia tu,
kuah kari 3 serangkai,
terung sambal,
daging merah.

aku rindu nasi ambeng,
ayam cili die pedas kedaung tu,
kangkung belacan pedas meletup-letup

aku rindu nasi ayam cili padi,
ayam goreng dengan sambal cili padi die perhghggkejlrerp

aku rindu nasi tomato,
sambal ayam tu pon cam gini haaaa (thumbs up sambil bergetar)

aku rindu ABC dia,
kekacang,
kacang merah,
coklat, oh ABC

aku rindu uptown,
aku rindu makan dekat sector B

aku rindu burger segamat,
best doh, cenggini cengitu cenmana mana la

oh, burger satey pon best,
roti whole meal die,
cheese die,
leleh leleh.
arghhhhh

29.6.15

kisah seram di kolej Casuarina 2

pada pagi buta yang hening,
semua orang enak dibuai mimpi,
ade yang enak dibuai movie.
mungkin ade yang enak dibuai buku?
kalau da dibuai buku, bukan dia baca buku,
ala macam tak biasa.
buku la baca dia,
well at least, tak da la rasa bersalah sangat tidur dengan buku dari tak pegang langsung.
typical student.

berbalik pada pagi yang hening tadi.
pukul 2 pagi kejadian nya,
kisah ini berlaku dalam bulan Ramadhan,
terserah mahu percaya apa enggak,
terserah sama kalian.
tapi bagi guwe, ceritanya kayak seram aja sih
ok, kenapa aku cakap endon ni.

cerita ni aku dengar dari Mira,
housemate Mira yang kena.
aku ulang, tak nak caya sudah,
tapi cite die tetap seram,
boleh buat cerpen seram,
pastu mintak majalah APO? publish kan kat bahagian cerita hantu,
confirm, pengkarya Nora tarik diri dari menulis.

k sambung balik,
camni,
bayang kan pukul 2 pagi,
housemate Mira ni, naik level 2 guna lif.
aku pon tak paham la dengan manusia zaman sekarang,
come on la, level 2 je kot,
naik jelah tangga.
ni kalau ramai ramai naik lif berhimpit bagai,
tetibe ade orang tekan button no 2.
kau rasa apa?
rasa marah?
tak , kau patut rasa sedihhh
kau sanggup beratur lama-lama demi menaiki lif untuk naik ke aras 2?
aduh, kenot brain la.
please ea, lepas ni. tolong..
(mampus kena marah dengan Mira jap lagi, budak tu da la level 2, kerap jugak naik lif. hak3.eh, hi Mira)

sambung part 3.
budak tu naik lif sensorang.
lif kat kolej kolej ni ade bunyi.
"pintu sedang ditutup"
"naik ke atas"
"aras lima"
"aras satu"
dan semua jenis aras la die sebut,tak kan la aku nak kena taip sampai abes, agak2 la.
so, itu jelah ayat lif yang biasa kami2 akan dengar.

nak dijadikan cerita. housemate Mira sekarang tengah demam panas.
akibat kejadian ni.

pukul 2 pagi tu (tak tau bape kali da aku ulang part ni)
dia masuk lif.
"pintu sedang ditutup" kata lif tu,
dia tekan button 2.
sampai aras 2,
pintu terbuka
"ada orang keluar"

berdesup housemate Mira lari masuk rumah,
tibe tibe keluar ayat lain pulak lif tu,
aku yang tengah menaip pukul 3 petang ni pon rasa macam meremang sikit.
biadap kau bulu roma, stay je lah, nak remang2 pulak. halamakaih.


26.6.15

kerugian RM100++

selsema teruk ni.
sakit kepala gila gila punya sakit sangat.
tidor tak cukup.

tapi takpelah,
sakit pehapus dosa.

by the way,
aku nak remark sikit pasal jualan aku untuk sem ni.
aku ada jual nail polish peel off dengan eye mask.

ade baki 22 botol semuanya,
macam biasa, ramai akan jual benda benda macam ni luar or dalam lif,
diorang akan letak duit dalam tabung yang da disediakan.

12 botol terjual.
so far Alhamdulillah.
jualan diteruskan dengan membiarkan stock kitorang tu dalam lif.
ade yang jual lip tattoo, kerongsang,

kami start letak barang ni awal bulan puasa hari tu,

nak dijadikan cerita,
separuh dari stock kitorang habis.
tanpa duit dalam bekas.
kira kira balik mmg betul patot nya ade baki 10,
ni 5 botol je tinggal.

apa lagi, bulan bulan romadhon ini malas nak serkap jarang,
husnuzon, mane tau die amek 5 botol tu sebab nak tanya member2 dia mana yang okey,
biar punya biar, duit takda, lagi 1 botol hilang dengan 10 ringgit ditinggalkan.
masa tu nak ambil 10 ringgit,
tapi ramai orang dalam lif. lagi pon mase tu aku naik lif lain.
balik dari exam hall,
tengok2 10 ringgit da hilang,

 total da 7 botol hilang.

aku menyirap,
aku dengan partner aku tampal memo.

" dear hamba Allah,
di dunia mungkin anda terlepas tetapi tidak di akhirat, tak sangka masih tertinggal saki baki "syaitan" bertopengkan manusia di bulan Ramadhan ini. RM 70 ringgit bukan nilai yang sikit. jumpa anda di padang masyhar, from : owner nail polish peel off"

lepas stick memo tu,
3 jam kemudian,

another 2 bottle man,
2 botol lesap,
eh dia ni tak da perasaan ke apa?
baca memo sikit tak sentap?

aku ingat eye mask xde orang curi,
rupenye duit dalam tu pon habis hilang,

total up, RM103.00 tunai habis macam tu je,
yang pelik tu,
sebelum romadhon elok je xde sape nak curi,
ini bulan puasa engko buat perangai.

ingat lah wahai manusia,
biar di bibir kami menyebut
" tak kisah lah, dah tak da rezeki"
" halal jelah "
tapi parut luka tu masih berbekas.
kalau lapang dada kami and ada mase mengibas anda teruk diazabkan di neraka,
kami akan segera maafkan,
kalau masih diungkit ungkit dibibir ini,
bersiap sedia la disana.

kami pun manusia,
cari duit poket.

selamat beramal selamat berbuka puasa.
assalamualaikum



18.6.15

Romadhon pertama di perantauan

kalau johor keluar malaysia.
kira aku ni tengah belajar luar negara la ni?
gila kau tak gembira.
impian tercapai biar tak semegah mana lalala

so yeah.
hari ini tamat semua sesi kelas untuk sem pertama tahun ke dua.
petang sampai ke malam ni nak laghor dulu.
basuh baju.
2 minggu tak basuh.
paham paham jelah menimbun macam mana baju aku tu
ghope gunung daik bercabang cabang
eh malu la nak cita.

lepas tu nak kemas kemas bilik.
susun file.
susun semua isi kandung dalam file.
asal sumbat je sebelum ni
habis bercampur note, exercise,
nak kene clip by chapter.
eh serabut nya.

lega semua da settle.
tinggal tunggu carry mark je.
pas ni perform habis untuk final.

rajah dibawah menunjuk kan email2 yang masuk dari abang abang akak akak yang hantar report kat adik Juw




ni la orang last yang kena hadap report. denyut ohh nak ngadap report ni. juling anak tekak.
nak tau neraka die macam mana? sejibik sebijik macam buat ent dulu. perhlsdjsl

selamat menyambot romadhon.
semalam dah post kat wall facebook. tapi aku nak jugak wish sekali lagi.
peduli apa aku.