29.6.15

kisah seram di kolej Casuarina 2

pada pagi buta yang hening,
semua orang enak dibuai mimpi,
ade yang enak dibuai movie.
mungkin ade yang enak dibuai buku?
kalau da dibuai buku, bukan dia baca buku,
ala macam tak biasa.
buku la baca dia,
well at least, tak da la rasa bersalah sangat tidur dengan buku dari tak pegang langsung.
typical student.

berbalik pada pagi yang hening tadi.
pukul 2 pagi kejadian nya,
kisah ini berlaku dalam bulan Ramadhan,
terserah mahu percaya apa enggak,
terserah sama kalian.
tapi bagi guwe, ceritanya kayak seram aja sih
ok, kenapa aku cakap endon ni.

cerita ni aku dengar dari Mira,
housemate Mira yang kena.
aku ulang, tak nak caya sudah,
tapi cite die tetap seram,
boleh buat cerpen seram,
pastu mintak majalah APO? publish kan kat bahagian cerita hantu,
confirm, pengkarya Nora tarik diri dari menulis.

k sambung balik,
camni,
bayang kan pukul 2 pagi,
housemate Mira ni, naik level 2 guna lif.
aku pon tak paham la dengan manusia zaman sekarang,
come on la, level 2 je kot,
naik jelah tangga.
ni kalau ramai ramai naik lif berhimpit bagai,
tetibe ade orang tekan button no 2.
kau rasa apa?
rasa marah?
tak , kau patut rasa sedihhh
kau sanggup beratur lama-lama demi menaiki lif untuk naik ke aras 2?
aduh, kenot brain la.
please ea, lepas ni. tolong..
(mampus kena marah dengan Mira jap lagi, budak tu da la level 2, kerap jugak naik lif. hak3.eh, hi Mira)

sambung part 3.
budak tu naik lif sensorang.
lif kat kolej kolej ni ade bunyi.
"pintu sedang ditutup"
"naik ke atas"
"aras lima"
"aras satu"
dan semua jenis aras la die sebut,tak kan la aku nak kena taip sampai abes, agak2 la.
so, itu jelah ayat lif yang biasa kami2 akan dengar.

nak dijadikan cerita. housemate Mira sekarang tengah demam panas.
akibat kejadian ni.

pukul 2 pagi tu (tak tau bape kali da aku ulang part ni)
dia masuk lif.
"pintu sedang ditutup" kata lif tu,
dia tekan button 2.
sampai aras 2,
pintu terbuka
"ada orang keluar"

berdesup housemate Mira lari masuk rumah,
tibe tibe keluar ayat lain pulak lif tu,
aku yang tengah menaip pukul 3 petang ni pon rasa macam meremang sikit.
biadap kau bulu roma, stay je lah, nak remang2 pulak. halamakaih.


No comments:

Post a Comment