25.7.16

isu khawin

Assalamualaikum pembaca yang tak pernah wujud.

Hari ni aku nak cerita pasal khawin.
Sejak akhir akhir ni, isu khawin menjadi jadi. Isu yang tak pernah selesai. Lagi lagi bila cerita bab hantaran.

Setiap individu mainkan peranan dalam hal ni. Bukan bakal pengantin lelaki, bakal pengantin perempuan, pihak lelaki mahupun pihak perempuan.

Kita start dengan lelaki dulu. Cik abang, ukur baju pada badan sendiri. Kalau tak mampu jangan teruskan. Pernah belajar kualiti? Semakin mahal harga barang, semakin berkualiti barang tu. Tapi, itu dari sudut pandangan kita. Macam beli iphone. Kalau harga iphone5 RM600, kau tahukan iphone tu made in China? Contohhhhh je. See, ni natural punya law. Besides, dari segi features pon sama. Makin cantik makin berkarisma perempuan tu makin mahal la ia. Belum campur characteristic dia, gen genius, gen terer masak, gen tanam menanam and bla bla bla. Aku bukan nak cakap apa, tetapi lelaki ni suka perempuan dah bekerjaya, suka perempuan cantik, suka perempuan lawa, suka yang berpendidikan tinggi. Kau tahu kan perempuan boleh pilih lelaki yang takda ciri ciri ni pun. For example, my ex boyfriend. Dulu masa sama sama diploma, bila aku cakap nak further study, dia balas apa kau tahu? "Kalau sambung, kita putus!" I was, wtf man? Aku ok je terima kau even kau bawah dari aku. Tak tau la kalau certain lelaki rasa benda ni tergugat ke apa. Tapi pengajaran yang aku dapat. Pilih pasangan biar setaraf. Thats what Islam said. Pilih yang sekufu. Nanti esok esok kau tak ungkit benda benda remeh camni. Kang esok gaduh bini guna citation untuk kukuhkan pergaduhan, yang laki tercengang. Kau nak? Ada juga ex aku sorang ni kerja kilang, aku masa ni baru masuk degree. Tapi aku nampak dia macam tak selesa dengan aku. Aku tak sure, so aku undur diri. Perempuan mmg serious tak kisah lelaki kerja apa tapi kalau benda benda macam ni dah start main dalam kepala, better tak payah teruskan.

Next. Perempuan your turn. Eh? Maksud aku, our turn. Please jangan set dalam kepala ini first and the last untuk aku khawin, feeling feeling princess, feeling the snow glows white on the mountain tonight, jangan. Jangan buat mata kedip kedip keluar cahaya mintak baju seret sepanjang panjang jalan, pelamin ada lampu Christmas, buat kat menara klcc. Ni semua bullshit. Tipulah aku pun tak nak. Perempuankan. Aku baru terbayang pakai baju pengantin naik rollercoaster legoland, tapi baru tadi aku lupakan. Sebab aku dah tercakap ni semua bullshit. Dulu masa aku kerja, supervisor aku cakap, nanti boleh la you beli beg mahal mahal. Aku jawab aku boleh beli semua tu before khawin, nanti khawin banyak tanggungan. Nak bayar rumah, nak bayar bil, makan, kete, minyak. Supervisor aku tercengang, kenapa you kena buat semua tu? Biar la laki you buat. Eh? A ah ek kenapa aku rasa tu semua aku kena tanggung? Sebab, aku tahu susahnya cari duit. Jangan tahu demand. Kerja sama sama. Asal jangan melebihi usaha lelaki tu. Takut nanti goyang kaki. Kalau nak mewah sikit masa khawin, kumpul duit sikit sikit untuk beli baju yang kau idam idamkan tu. Hantaran yang kau impi impikan tu. At the end kau jugak yang pakai. Sebab dia dah spend banyak untuk kau. Bukan tu je, dah sediakan ruang untuk tampung dosa kau lagi. Lagi satu. Jangan memilih sangat. Kau pun kene ukur baju pada badan sendiri. Tak lawa tapi nak yang kaya. Usaha la. Jangan harap orang je nak labur untuk kau. Kau pikir kau siapa. Yang cantik pun sama, jangan kerja nak mengikis harta orang. Jangan salah guna nikmat Allah da bagi. Nasihat akhir, kalau dah jumpa, jangan buat manja mintak macam macam. Kau tak tahu sebenarnya dia tu dari background susah. Habis duit untuk kau sebab kau main kelip kelip mata. Bila sampai masa nak kahwin, duit tak cukup, kau marah dia sebab tak buat saving. Memang nak kena piat telinga.

Family, your turn. Jangan lah jadi makcik makcik kampung makcik makcik felda makcik makcik taman, dengar orang belakang rumah nak hantaran 30k, anak kita up lagi kasi 40k. Kenapa kejar pandangan orang? Kenapa kita tak pikir anak kita dijamin dijaga dengan baik ke dengan hantaran 40k tu? Jiran jiran nanti tolong tengok tengokkan anak kita ke lepas diorang berpuas hati dengan hantaran yang dia dengar tu? Tak kan. Kisah apa la dengan orang nak cakap. Doa kan anak kita dijaga dengan baik sudahlah. Kerja nak melawan dengan jiran ni dari tukar alas kaki, perabot, tv, hantaran anak sampai kesudah tak habis. Untuk apa kita buat semua ni? Mana niat kita? Perbetulkan balik niat, muhasabah diri. Memang mak bapak dah habis banyak duit untuk anak belajar n sebagainya. Tapi pikir balik, itu ganti rugi ke? Tak ikhlas ke kita selama kita besarkan dia? Semua yang kita labur semua untuk saham dia dan akhirat kita nanti. Lelaki pun mak ayah dia melabur jugak cuma beza anak perempuan ni berpindah milik terus.

Aku berharap sangat isu isu khawin ni berakhir dengan noktah. macam aku cakap tadi. Setiap individu mainkan peranan masing masing. 

1 comment: