1.5.15

Carolgames

Dah pukul 4.38am.
Mata tak boleh nak lelap.
So aku decide. Untuk update blog.
Review a bit pasal favourite game aku ni.
Sekarang da bersara.
Tapi still lagi fresh. Baru tadi belek2 gambar. Tetibe rindu semua moment tu.

Biasa lah. Once kau da graduated.
Cari ar keje. Sambil menunggu. Bosan bosan. Keje mengadap youtube ar 24 jam. Lepas video ni, video ni. Related punye video semua nak gempak. So tak kan pernah habis once kau da bukak youtube. Addicted tak addicted? Hm penangan youtube.

Satu hari. Mase melayan youtube. Tetiba ade satu iklan cartoon. Takdelah cartoon. Die macam 3D sikit. Pulak tu. Dress up die cantik cantik. Seksi lagi kau. So aku ingat game ni gonna be the best game yang aku akan tempuhi la lepas ni.

Normally, kita akan masukkan email.
Nama. Kira register la. Nama jujuhyo. Selama nya jujuhyo kerana diriku bergitu jujuhyo. K. Da boleh undo and back to your work. Nothing special here!
Da siap register. Aku pon main.
Hmm sedikit hampa disitu. Aku ingat boleh tukar tukar baju pompuan tu. Ala. Cam pondok2. Well hello. Jiwa barbie dan perempuan selamanya tak dapat dipisahkan hokey? Got it? No? Den shaddap.

Aku keep on main la. Ok la. Dia lawan lawan gitu. Kau lawan dengan beast. Aku main je. Aku tak paham ape aku main. Takde matlamat hidup mase tu. Sebab ape aku expect tak sama. So macam takde kepuasan ar, lepas kecewa nak set up objective. Ape kejadah? Ibarat kawan kau volunteer nak masakkan tomyam. katanya expert , so kau expect lepas makan memang boleh kecek thailand ar cite die. Gila babeng punye expectation ar. Bila da siap tomyam yang digembar gemburkan tu. Tetibe kau Boleh baling jala dalam periuk tu. Pasal , lauk tak jumpa, kuah je lebih. Boleh mendayung dalam tu. Dah tu kau nak set kat kepala lepas makan boleh jadi pakwe thailand? Tolong ar. Kau da kecewe kot.

Aku masuk dalam tu aku chatting je. Tah sape sape tah aku berbual. Tak tau jantina. Bertahan ar sebulan. Lepas tu aku stop. Lama. 2 bulan ade kot. Aku benti sebab kecewa tak leh men tukar tukar baju untuk character aku. Weh. Hapak weh baju same je kau pakai. Tunggang kuda pon kuda tak ingin jadi kuda. Sebab haiwan ni frequency terhadap bau kuat. Lagi bau ketiak. Sebab tu la aku benti.

Aku tak ingat. Sama ada member ni tegur aku or aku tegur die. Sembang kencang2 jap. Taufan sikit. Pastu baru masuk hal game. Dipujuk jugak ar untuk meneruskan perjuangan char aku tu. Entah macam mana. Aku main balik. Aku main tu dengan matlamat berbeza pulak. Bukan sebab tomyam lagi. Dari situ aku da banyak belajar. Sebab bersungguh mengenal game luar dan dalam.

So here it is. Wait. Adekah yang panjang2 di atas, mukhadimah semata mata? Nvm. Leave it ok.

SEXY THREE KINGDOM
www.carolgames.com

Ni laman web game tu.
Agak berminat. Boleh search.
Aku dulu server 1. So, kire the earliest member yang join jugak. Ade server lain. Tapi mase tu paling banyak 4 server je.
Sekarang ni ade la dalam puluh puluh.

Game ni sebenarnye diambil dan diolah dari sejarah china. Memang ade cerita dia. Aku tau pon sebab member cerita. Memang die ni so into the game la. Sampai sejarah pon die tau.
3 jenis skill yang kau boleh pilih.
Barbarian - kebal
Swordmaster - pedang
Assassin - assassin (tak tau nak describe)
Setiap jenis ni. Ade 2 jantina. So total up ade 6 orang kau boleh pilih. Lelaki or perempuan dan tentukan die punye skill.
Aku amek pompuan and swordmaster. Pasal die pink pink plus comel cam i. Hik.

Kau ade partner. Max partner dalam setiap party ialah 5. Tapi sampai je level 100. 100 la tak silap. Kau dapat 1 lagi partner. Iaitu substitute partner. Kira kalau 1 mati dapat ganti baru. Tapi sekali jelah. Die tak boleh masuk dalam party. Sebab semak. Kalau korang main. Make sure hire guan yu. Lu bu. Ex xiao qiao. Ade je orang ganti ex xiao qiao ni. Tapi bagi aku die kuat. So aku kekal kan. Plus comel macam i jugak. Masa aku main, aku ni ikut instinct perempuan je. Kalau ase nak. Nak. Tak nak. Tak nak. So jadi la gugurl team. Hire partner semua perempuan. Takde 1 pon lelaki. Asalkan nampak lawa time beraksi. Sampai kan kene pakse tukar partner. Orang lain level 70 da tukar tukar partner. Aku je stay setia pada yang 4. Bukan ape. Leceh weh. Kau nak leveling die. Kalau baru baru hire. Lepu sikit partner tu. Sekali nak buat quest, kene fire dengan musuh sikit dah meninggal. Sakit pulak jiwa aku. So sebab tu aku kate. Hire Guan Yu dengan LuBu awal awal! Senang cite hire yg suggested SAHAJA. Jangan tergode dengan char seksi meksi. Tu semua marketing!

Lagi kau ade 6 equipment. Boots, crown, necklace, weapon, bracelets, and perisai. Semua equipment ni kene leveling kan. Upgrade. Banyak resources kene kumpul untuk upgrade kan die. Naik level 10 upgrade..naik lvl ke 20 upgrade. Ke 30 upgrade dan seterusnya. Itu kene guna resources. Kedua..naikkan guna duit..tapi perbezaan x sama macam lvling guna resouce. Aku dulu punya sendu, da lvl 50 tapi equipment semua lvl 10. Malas weh nak setel quest kumpul sources pe semua. Tapi ade member ni ar ajar aku satu satu. Bersabar habis die ajar aku. "Equipment kau tu leveling ar. Orang lain da blood kau baru iron, bintang pon kau leveling, dah tu jangan la guna bintang hijau. Guna bintang kuningg. Hijau tu lemah"

Masuk bab bintang. Bintang ni kau kene summon. Die ade 4 jenis bintang untuk permulaan. Hijau. Biru. Purple. And emas or kuning. Hijau ni paling lemah yet still boleh leveling. Awal2 tak yah gatal sangat cari emas. Bagi bagi kan duit tu untuk equipment and benda lain. Sebab nak summon emas ni banyak guna duit. Sampah pon boleh dapat. So tahap depression tu boleh melambung naik. Silap2 darah tinggi. So sini aku cakap awal2. Please keep positif. Kalau bad mood jangan main. Sebab kau akan tarik benda2 negatif. Bayangkan. Kau ade 100k. Summon punye summon dapat sampah dan hijau and biru je. Mau x mengamuk. Purple and emas memang payah ar nak jumpe. 1 bulan sekali. Nak nak newbie. Lagi susah.

Bintang ni ade bintang emas, ziwei. Ziwei ni nak naik kan hp or kuderat kau. Ade bintang fatal, bintang bintang di angkasa. Lagi kau lvling. Lagi kau akan kuat. Lagi 1. Cara leveling, gabungkan bintang. Kau boleh combine kan bintang lemah bila da jumpe bintang kuat. Jangan jadi dungu macam aku. Dapat emas. Bintang hijau level 5 pegi buang. Sebab aku ingat kalau combinekan, bintang tu jadi rosak. Hmm bodo-bodo, sendu lagi kertu, macam ni la. Orang lain bintang emas da level 3,4,5. Aku still 1..sebab cari emas jugak untuk combinekan and leveling kan die. Sabar jelah.

Lagi 1. Ade main lancar lancar kapal perang kat laut. Boleh mintak orang protect. Kalau ade alliance. So bawak2 la masuk guild. Jangan nak gatal sangat bawak diri macam pendekar. Ramai musuh xde orang backup nanti. Masuk guild. Berbaik baik la dengan semua orang. Jangan makan kawan. Kapal kat laut tu kau boleh bom. Benefit die duit ar plus exp tak silap. Kalau ade Oil Lord. Cepat2 lancarkan serangan kat bot tu. Sebab benefit die gila bapaks. 2 kali je serang. Tapi kau boleh serang sekali je. Lagi 1 tu bagi orang lain pulak. Tamak nau.

Kapal ade 5 jenis kapal. Rakit. Perahu. Fortune boat. House boat and dragon boat. Rakit perahu tu aku bedal sebab tak ingat nama die. Summon boat, pastu lancarkan kat laut. Sekali kau lancar boat, berdoa la supaya takda orang bom. Pirate abes ar tu.

Lagi. Oh. Ramai gundik. Naik 10 level. Dpt 1 gundik. Lawan la osom (rock paper scissor) dengan die. Kumpul sampai 1500 mata. Dapat la kahwin. Tapi a bit frustrated. Char aku female pon tetap osom dengan gundik pompuan. Tolong la bagi lelaki. Haih.

Selain tu arena. Lagi tinggi kedudukan kau kat arena. Lagi tinggi la reward kau dapat. Tapi reward dapat 3 hari sekali. So nak menempuh 3 hari tu. Kau bakal2 di attack ar dengan orang bawah. Ade mase kau jatuh rank 20. Ade mase kau naik rank 15. Pepandai la upgrade lawan musuh. Rank 1 biasanya vip 8 dan ke atas, orang yang kuat topup. Caya cakap aku. Topup tu napsu semata2. Once die bosan. Kejap je kau cantas die. Time tu die rasa ralat gak ar. Ribu ribu abes. Tapi dicantas vip 1. Nak main balik da tak semangat. Tapi vip 1 ni. Die kuat sebab die sabar. Biasa vip tinggi2 ni tak kuat mana pon. Gelabah je topup sebab nak cepat. Kadang aku lvl 90 vip 1 lawan lvl 90 vip 4, mudah gila. Bila compare strength. Banyak die kurang. Weapon x updrage. Bintang x leveling. Aku xtau die topup buat apa. Bukan nak bangge. Ni pon hasil orang ajar. Tpi yang ajar aku tu kuat jugak topup. Die lain. Kuat topup tapi char die kuat. Sakit pulak hati aku.

Die ade event kene join. Pukul 1 ada nanman utk exp. Pukul 3 ade world boss. Sapa dapat last kill dapat boss slayer.

Ehem.

Pukul 7-7.30 ade nanman lagi.
Pukul 8-8.30hegemony.
Pukul 8.30-9.00 world boss.
Pukul 10-10.30 nanman.

Macam aku dulu kerja. Join world boss malam je. Lain even xdapat. Kalau keje shift petang. 1 hape tak leh join. So bila da jarang join. Coin pon tak banyak collect. Tu yang makin berjauhan dari char aku. Sian die.

Ape lagi. Ohh. Transformkan partner jadi Ex. Contoh partner name yushi. Lepas transform jadi ex yushi. Kuasa die semua berubah ar. Biasa nama ex ex ni. Die macam ade kuasa super saiya.. macam electric tepi2 badan die. Kaler purple la. Kuning la. Merah la. Macam berapi api la gitu. Ex guan dengan ex lubu. Hmh. Super duper kuat. Sampai 1 tahap boleh bertukar jadi godlike guan yu plus godlike lubu. Rasaksa habiss. Sebelum aku bersara aku sempat merasa ade partner godlike guan yu tu. Seronokkk weh rase die. Kau tak topup. So makan mase nak create godlike ni. Orang lain da basi da guna godlike. Aku baru nak merasa. Tapi aku tak heran. Yang aku tau terharu je mase tu. Wuwwu. Godlike lubu still on progress. Dorang belum war war kan lagi. Sebab tu aku tak buat.

Sekarang lvl aku 120 kot. Dorang semua da 200 lebih agaknye. Tak pon da bersara jugak. Takde kesudahan game ni. Ade max level. Tapi bila da max. Equipment pulak nak leveling. Dah tu partner plak sentiase ade yang kuat2 kau boleh hire. Nak leveling partner la pulak. Haihhh. Dah dah. Cannot go. Cukup la.

No comments:

Post a Comment