25.4.15

Tak best belajar kat Puncak Alam.

Hari ni hari terakhir aku dekat rumah.
Esok dah kena balik Palam.
Haih. Dulu kemain sangat berkobar2 nak belajar dekat Puncak Alam tu. 
Konon nampak la sikit student life nye.

Hakikatnya :

- jalan ke kalas makan setengah jam. Boleh da pasni bawak tuala sabun. Pastu mandi kat sana. Mana taknya. Jalan je da lecak ketiak.

delto palge hey delarmpit basahhey..
boley coreya boley kanggena..
matlaphey inspector..
calo beteyy

- kalau ade kelas pagi and petang. Bertapak la kau dekat fakulti tu sampai ke petang. Ngalah orang kerja office hour pulak.

- Dah tu kalau nak rehat, tidur and so on. Ade la bilik di sediakan. Tapi situ kau akan nampak banyak zombie hidup. Tidur atas kusi. Kepala terhanguk hanguk kebelakang sambil ternganga mulut.

haa...huu...tak...hiii reee...haaa
huu nakkk hihooo gakk haaazzzz
(aku tak kira, aku nak tidor gak, haaaa krohhh)

- yang duduk Johor and pineng and sewaktu dengan nya. Jalan balik makan 6 jam. Mau tak panas tempat duduk tu. Nanti ade lah orang kata, "fuyoo anak ramai!". Pfft. Tak pernah pulak aku tengok orang duduk berjam jam, tempat duduk tu bertukar jadi ice. Tak pernah.

- bas ok. Ada air-cond lagi. Tapi nak naik tu. Mak aih. Time ni la kau akan keluarkan semua skill yang kau ade. nak belajar tiru tiru orang sebelah pon boleh. Nah kau. Kuak lentang, gaya kura kura, kangaroo, sparta, ikan bilis, spongebob, rikishi semua hade. Kau na hape? Cakap!

squeezeeeeee kawan-kawan, squeeeezeeee!!
selit masukk cepattt~ squeezeee~

ketepi ketepi.. Pandalela versi Juju sedang beraksi!
tak nak kene kuak lentang, kepit kepala, bau ketiak aku baik ketepi!

- makan murah. RM 3.80 tu ade ayam ade sayur ade nasik ade kuah. Tapi bila makan kat fakulti boleh cecah RM7.00. I kenot brain dis. Kenot et oll. *sepak pipi sendiri* kenot jadah mu. Amek ayam 2 ketol. Ikan keli 2 ekor, begedil besar tapak tangan plus tempe yang masih asli bentuknye macam baru keluar dari daun pisang lagi nak kenot brain?

"SEDAPNYE MAKANAN TUJUH HENGGET NI MAKCIKKK"

- besarnye perpustakaan tu dari luar tak mencerminkan kelebaran die di dalam. Pernah 1 hari aku pusing dalam tu. Pusing punya pusing sekali member tegur "eh ni tempat tadi ni kan?". Terus aku mencelah. "Mane ade. Tak da. Tempat ni besar. Tak mungkin jalan sikit da jumpa tempat tadi. Tak mungkin. Impossible. I simply Kenot believe dis.". Tengah bebel bebel tu. Jap lagi jumpe abang donut. Dalam hati "eh? Bukan abang tadi ke?"..dalam hati je. Aku tak luah kat member. Still dengan ego and ideology tempat-ni-besar-tak-mungkin-jalan-sikit-da-jumpa-tempat-tadi bla bla bla....

Perpustakaan aku cakap tu yang empat segi and lopong kat tengah2.
nak  kata donut macam bingka ubi, tengok lagi sekali
macam kuih mulong. Satey pon sedap jugak.

- nak keluar pegi beli barang naik bas rapid kL. Makan masa 30 minit. Belum tunggu bas Plus kau nak bergasak lagi time naik bas tu. Nak touch and go lagi. Nak lagi haru bile touch tu, suara annoying keluar "SILA SENTUH SEMULA" tak pon "SILA TAMBAH NILAI". yang first tu tak pe. Yang second tu. Adoi. Satu bas dengar. 


Benda ni bukan cakap bisik2 dengan kau.

Part ni best, bila masing2 da penat. Keluar la lagu dalam bas. Time tu la masing masing nak menyanyi. Sedar tak sedar, macam serentak pulak bunyi dia. Nak nak pompuan pulak yang nyanyi. Ade sorang budak laki ni diam je. Agaknya da lama die perati student2 pompuan ni menyanyi. Pastu, keluar je part corus, "ramai ramai!" Tetibe Budak laki tu tinggikan suara.. apa lagi. Semua diam. Malu woi.

- last but not least. "Semua kenangan  manis langsung tak berkait dengan pelajaran. Yang pahit je. Mesti bab belajar. Yang manis, bab kawan, moment and so on."- sir Saiful, 2015.

" pahit ke manis kee, dok hapdate blog da kenapaa! belajarrrrrr" 

 Tapi ade je pahit selain belajar. Makanan semua tak best macam UITM segamat dulu!! Peace no warr orang selangorrrr. Kakaka
End.
P/s sayang Palam. Bye Johor.









No comments:

Post a Comment