19.4.15

AKU DULU GANGSTER!

Aku gengster masa sekolah menengah dulu.

Bermula kisah hidup aku mase memula jejak kaki ke SMK Taman Pelangi Indah.
Tingkatan 1. Langkah masuk dengan muka bengis. Semua tengok aku. Yelah gerun kan. Muka da macam shrek tambah pulak bengis memang gengster-tahi-kucing habis. Habis perhimpunan, semua berdiri. Angkat beg. Jalan kekelas ikot row by row. Sampai row aku pulak jalan. Sambil jalan sambil lambai mak abah depan perhimpunan ni. Legend bai. Mak bapak aku je anta and stay kat situ. Orang len mane ade! *antara sebab semua tengok aku*

"babai mak. ite nak macuk kelas dah hukhukkhokk"
tersangkut ingus time nangis

Sesi berkawan. Gengster mane cari kawan. Kawan yang cari aku. Dengan muka bengis shrek ni gua kompom. Tak kan ade sesapa berani dekat sama wa la weh. Walaweh betol. Gengster macam aku perlu create satu badan yang kurang-kurang boleh penuh satu stadium Bukit Jalil. Baru nampak gemelai. Orang tengok pon lari terceret ceret. 5 tahun aku bertapak kat sekolah tu. Total geng yang berjaya dikumpul. 4...... 4 orang je. Tapi!!! Gengster k walaupun 4! Dorang kaki ar weh.. Tak leh blah siap print gambar tampal dalam file.. senang nak jejak mangsa pastu pancung! Baru la kaki korea!! 

"nak bagi cite korea ke tak. kalau tak aku tembak"

Nak nampak lagi gangster.. dorang semua ni pakai cermin mata. Pehh pehh. Muka da ganas tambah pulak pakai spek. Sembelit teros dorang yang lari tu.

semua pakai spek kan? tipu? sape tak nampak dia kojol.

Bila time join kelab. Aku bawak haluan sendiri. Ketua geng mesti kene bawak diri. Baru anak-anak buah ikot. Berani keranaa benar sesungguhnyaa tiada yang benar melainkan yang benarrrr dan aku pon join kelab pendidikkan islam. Walapon wa ni gengster. Wa ni muslimah beb. Tapi aku masuk kelab ni bukan tu je tujuan die. Aku masuk saje nak tunjuk bertapa taikotainya aku. Aku saje saje nak pecahkan tradisi sekolah ni dan kelab tu. Kelab tu terdiri dari senior-senior form 4 and form 5. Peh. Kental tak kental jugak aku mase tu. Tetibe pulak dilantik bendahari. Anak-anak buah semua bedebah. Masing-masing masuk kelab sains & matematik. Dorang ingat jadi gengster perlukan math ke? guna math tu ahlong je bukan nak nohlong. kita gengster, prinsip kita pakai redah!

Dalam membina nama geng kongsi terang aku ni. Banyak la pancaroba aku penah lalui..antaranya kena tarik tudung. Toleh belakang takda sapa. Cis. Ni mesti hakak kelab pendidikan islam yang punya kerja. Jeles la tu tak dapat jadi bendahari. Takpa. Boleh tolerate lagi. Penah jugak orang tarik tudung mase perhimpunan. Tertanggal habis tudung ni. Nasib baik ade anak tudung. Dapat merasa macam eskimo kat tengah panas terik tu. Aku lawan balik. Pungpangpungpang! Aku sepak kaki die. Tarik beg die hempass..tolak die atas dataran.. bagi hempapkan shrekk 1.2...3!!! TING TINGGG ..baru aku puass. aku puasss!! sambil berkhayal dalam otak.

Dalam kelas aku tak pernah berganjak. Duduk je situ. Situ aku datang. Situ aku balik. Orang lain keluar kelas merayau2. Tapi sebagai gengster berkaliber. Kerja die adalah duduk dan perhati. Aku perati je budak yang tarik tudung aku tadi tu sambil berhalusinasi. Wrestling mania abes dalam otak ni. 

"jaga la kau tipah. aku keje kan kau nanti"
sambil bermonolog sambil berkhayal
Kekadang time ni la nak ice breaking dengan anak buah. Jadah baru sekarang nak ice breaking. Unfortunately la weh. One of my geng suka ruffedge!! Gengster abes da ni. Boleh da jalan macam shrek masuk sekolah berbackgroundkan music tipah tertipu lagi bahagian rap. Kecut abes ar hakak kelab pendidikkan islam yang jeles dengan aku tu.

"ha mana hakak nak lari. meh nak firee!"
sambil amek hidung naga cuih kat hakak yang dengki tu
macam aksi bomba nak padam api.

Orang semua setakat ponteng kelas bawah tangga tu normal. Tapi geng kitorang tak nak normal-normal ni. Terlalu mainstream. Kitorang mengamalkan konsep abnormal. Kemon la weh. Jadi gengster kene ade OTAK! Bukan senang senang nak jadi gengster. Belajar sungguh2 ! Pastu jadilah gengster sungguh2! Baru la digeruni! Xdelah kau kena sound dengan ayahnda.

"lu kalau nak sangat cd korea,
mintak sama wa! bukan mintak sama itu orang!
 len kali pakai OTAK!"
its not that simple la weh nak jadi gengster. kene pakai otak bak kata Abang Syamsul. ehem.

Memang geng aku ni bukan je bagus dalam usaha nak jadi gengster. Persiapan mental je xcukup. Kami join kawad kaki la weh. Pakai pulak kasut but berat tu. Nak lagi gerun. Pakai paku tekan. Padu bai. Tapi kitorang xmain ar paku tekan ni. Fake. Plis laaah. Kitorang Guna kuderat sendiri men hentak-hentak ni! Nak nampak lagi gengster. Tahun spm masuk kawad kaki. Shrek abes muka memasing. Hanginn je dengan budak form 3 time tu. Kitorang da kene kawad time form 3. Turn korang la pulak! Tercalar habis maruah gengster kitorang time ni.

"xpelah, hakak kawad laa demi adik adik yang nak p-yem-ar tuww"

Selain tu. Muka aku ni kilang jerawat time sekolah. Adalah manusia ni bagi gelaran macam tu. Gengster kan. Tak mungkin ar nak beli facial wash. Kata nak jadi shrek. A part from it la ni. Kau ape tau? Da masuk kelas pendidikan islam kan. Orang kata apa senyum je. Takdelah pulak aku kata balik macam ni, Kau gemok. Kau gedepol. Rambut ribut. Muke penyek. *senarai ni xde kene mengene dengan hidup atau pon yang mati* .
Penah la aku balik saing geng. Time tu hujan. Otw nak naik tangga da. Tapi darah gengster ni cepat panas. Lantak la salji ke ice ke yang turun. Panas jugak rase die. Orang depan ni jalan lambat sangat aku terus ambil tindakkan drastik. Potong orang depan tapi lalu atas lecak.

GEDEBUKKK!!

Da ghorpe kure kure aku kat atas lecak tu dengan beg sandang. Seiras da. Xlari. Xjauh mana aku dengan kura kura.
Boleh pulak senior lelaki ramai lalu lalang nak naik tangga. Geng aku ni boleh pulak dok berpikir nak tolong ke tak. Ke nak buat buat tak kenal?  Sumpah memang ada gap masa time tu. Geng aku ni tak terus tolong. Die boleh menonton weh. Dari panas darah ni terus keras kejung. Tercalar habis maruah gengster aku.

"buat buat pengsan jelah. xdelah malu sangat"

Pada adik adik. Hakak nasihatkan. Toksah la jadi gengster. Tak semudah yang adik sangkakan. kene isi borang pertandingan lagi. maksudnye kau orang ramai competitor.

"nak jadi gengster kene tanda yang ni. lepas tu tulis kenapa
saya nak jadi gengster tak lebeh dari 15 patah perkataan",
kata cikgu Rosnah.

mintak mintak cikgu tak  baca belog aku. 
rindu kawan sekolah sebenarnye.
sorang jadi nurse.
lagi 3 ni tengah belajar lagi.
moga kita kita jadi orang yang berguna untuk nusa dan bangsa.
ayohh.

the end.

1 comment: